Thursday, December 2, 2021

Testimoni saya - herblax untuk atasi sembelit, lawas dan kempiskan perut

Hai..lama tak jenguk blog sendiri ni. Buat apa busy sangat sis? Hehe..masa sekarang cepat sangat berlalu. Bangun pagi kejap kang eh dah petang, tak rasa macam buat apa sangat pun. Pergi kerja balik kerja macam tu lah pusingan rutin harian. Tapi sempat jugak test produk untuk dibuat testimoni dan berkongsi di sini. Produk yang membantu saya atasi masalah sembelit, lawas sekaligus mengempiskan perut. Wow!



Jujur ya, saya sangat bersyukur ditemukan Herb-lax Shaklee

Herblax sangat membantu saya untuk membuang. Yeay !

Ada tak sesiapa di sini yang masalah sama dengan saya? Masalah perut yang suka sangat simpan sisa sampai taknak membuang langsung.

Tapi saya ada cerita disebalik ni. Mungkin juga punca atau sekadar anggapan saya sendiri.

Dulu masa kanak-kanak, kita kan makan ubat cacing. Dan ubat cacing pada zaman tu sangat menakutkan sebab bila makan je, cacing akan keluar hidup-hidup cukup sifat melalui najis kan. Sis fobia yaaaa.

Sampaikan saya takut nak membuang. Selagi tak di hujung tanduk, selagi tu lah ku peram. Hingga dapat masalah sembelit sebab jarang sangat membuang.

Bukan perut tak sakit tapi tahan-tahan sampai satu tahap dia merajuk dan taknak bekerja dah.hahah

Yang peliknya, orang lain kalau tak membuang ni akan sakit kepala lah,moody lah, jerawat lah, perut buncit lah. O yes, perut buncit.huhu.night mare..

tapi saya okey je. tiada masalah di atas kecuali buncit.

Jadi, apa nak buat?

Bersenam,yes

Jaga makan,yes

Jangan tahan-tahan,yes

Pagi kalau hari cuti cuba duduk termenung dalam tandas dengan harapan perut akan memulas,yes

Tapi tak jadi. 

Naturally memang tiada rasa nak membuang pun melainkan period, habis period dan adalah 3-4 kali sebulan. Normal ke? Saya tak sakit, tiada masalah kesihatan jadi tak serious cari penyelesaian.

Sooo saya cuba herblax. Macam mana tahu herblax ni? Bila dah jadi pengedar Shaklee, saya mula ambil tahu setiap produk Shaklee. Buat reading sikit dan cuba.

Alhamdulillah. Sangat kagum dan menjadi.hahah

Dia punya kesan tu tak payah tunggu 2,3 hari. Makan malam ni, esok pagi terus buang i tell you..ini bukan rekaan ya. Cepat sangat kesan sebab bahan-bahan dalam ni adalah the best.

Jimat masa juga sebab tak perlu berlama-lama dalam tandas tu. Lawas pun lawas.

Terasa perut ni kempis. Yela, hari-hari membuang, usus pun bersih lah. Badan pun jadi lebih sihat sebab nutrien dari makanan diserap sepenuhnya.

Bagi anda yang nak cuba herb-lax ni boleh terus klik www.wasap.my/60133438874/nakordershaklee

Herblax ni selamat untuk dimakan sebab ia organik, halal dan penting ada kelulusan dari KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). 

Saya akan bagi anda servis yang terbaik, terpantas dan nasihat penggunaan yang tepat dan berkesan secara percuma.

Selamat tinggal sembelit, perut buncit. Semoga kita tidak berjumpa lagi..

Sekian, your SID,
Farah Ishak.
1711141

Saya juga berbesar hati mengajak anda untuk menyertai team saya dalam bisnes Shaklee.
Bermula dengan modal serendah rm35.
Berbisnes lah di mana sahaja anda berada.
Keuntungan yang melangkaui akal fikiran dengan syarat hati kena kental,
usaha jangan putus asa💪 

www.wasap.my/60133438874/joinbisneshaklee

 



 



No comments:

Post a Comment

Cara hilangkan sembelit dan perut buncit. Wajib cuba

Hai, sakit ketika membuang? Okey post saya kali ni untuk berkongsi cara mudah hilangkan sembelit dan sekaligus dapat hilangkan perut buncit....